April 19, 2016

Kereta 'dihuni' mayat tersadai tepi jalan


Anggota bomba mengeluarkan mangsa.

Kecurigaan pengguna jalan raya apabila melihat sebuah kereta tersadai di bahu Jalan Telok Gong, Pendamaran, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam kenderaan itu, pagi semalam.

Difahamkan, Proton Wira yang dipandu lelaki itu terbabas sehingga sebelah tayarnya masuk ke dalam longkang kecil di jalan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang A Romzi Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11.30 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut anggotanya mendapati seorang lelaki terbaring di tempat duduk depan kenderaan itu.

“Berdasarkan kad pengenalannya, mangsa dikenali sebagai S Thevan, 46, dan beralamat di Bandar Puteri, Klang,” katanya.

myMetro 9 April 2016



0 comments:

Post a Comment