April 19, 2016

Juruteknik maut dirempuh kereta

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

BUKIT BERUNTUNG - Seorang penunggang motosikal maut dirempuh kereta dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Gudang Tesco, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, mangsa, Ruslan Mamat, 36, merupakan seorang juruteknik berasal dari Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 malam.

“Mangsa yang datang dari Bukit Sentosa menghala ke Taman Bunga Raya berhenti di lampu isyarat. Bila lampu isyarat bertukar hijau, motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba tergelincir dan topi keledarnya tercampak.

"Di sebelah lorong kiri pula, datang sebuah kereta tak sempat nak elak lalu merempuh mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Supramaniam berkata,  mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan muka.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku akibat jalan raya licin selepas hujan.

“Keadaan lalu lintas bagaimanapun lancar. Bedah siasat pula dijalankan hari ini (semalam) di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu. Kes kemudian disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian 11 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment