April 23, 2016

Jaga punya helah

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my

Seremban: Pengawal keselamatan Terminal One, di sini, dicekup selepas mencabul dan berniat melakukan kelucahan melampau terhadap penjual al-Quran.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, jaga lelaki 31 tahun ditahan di perhentian bas itu, pada 10.30 pagi semalam.

Katanya, kejadian bermula ketika mangsa lelaki berusia 20 tahun menunggu bas untuk pulang ke Melaka dan didekati suspek, pada 2.30 pagi.

"Lelaki (jaga) itu memaklumkan dia pakar mengurut badan dan kebetulan mangsa sakit belakang.

"Suspek (jaga) menawarkan diri mengurut badan mangsa di tempat letak motosikal di tingkat satu perhentian itu," katanya.

Beliau berkata, kira-kira lima minit diurut, suspek memegang kemaluan mangsa dan meminta melakukan onani dan menghisapnya.

"Polis menerima laporan pada 9.16 pagi, dan suspek kemudian diberkas,’ katanya.

myMetro 23 April 2016

0 comments:

Post a Comment