April 23, 2016

Isteri maut, suami dan anak cedera

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my

Bagan Serai: Wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 177 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Bukit Merah, di sini, hari ini.

Noorol Aini Mohamed, 50, dipercayai maut di lokasi kejadian yang berlaku pada 3.20 pagi.

Jurucakap Bomba negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.21 pagi.

Katanya, anggota kemudian mendapati kereta remuk di hadapan dipercayai merempuh belakang lori dan terdapat mangsa yang tersepit.

"Mangsa iaitu wanita terbabit didapati tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata, suami mangsa yang juga pemandu bersama anak lelaki 12 tahun dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Parit Buntar.

myMetro 23 April 2016


Kakitangan Imigresen Selangor maut dalam kemalangan

BAGAN SERAI - Seorang kakitangan Bahagian Audit Imigresen Selangor maut apabila kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya dilapor melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 177.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke utara dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kemalangan berlaku pada pukul 4.30 pagi yang mengakibatkan kematian Noorlaini Mohamed, 50.

Kereta Proton Waja itu dipandu suami mangsa Anuar Alias, 57.

"Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju arah utara apabila kereta mereka melanggar belakang treler yang membawa muatan baja yang dalam perjalanan dari arah yang sama," katanya.

Beliau berkata, suami mangsa cedera di kepala, dada dan patah kaki kanan serta sedang dirawat di Hospital Parit Buntar.

"Anak lelaki mereka Muhammad Akhmal Irfan, 12, turut kritikal akibat cedera di kepala dan dirawat di Hospital Taiping," katanya. - Bernama

23/04/2016


0 comments:

Post a Comment