April 21, 2016

Dua maut lori bertembung kereta

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan Bomba

Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my

Klang: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan lori di Jalan Meru dekat sini, 3.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, lori berkenaan dipercayai bertembung dengan kereta dinaiki tiga lelaki itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.45 pagi sebelum 12 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi.

"Kejadian berlaku di depan Sekolah Tinggi Klang dan dua balai bomba dari Sungai Pinang dan Kota Raja terbabit dalam operasi ini.

"Ketika anggota tiba dua mangsa itu dipercayai sudah meninggal dunia," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk siasatan lanjut.

myMetro 20 April 2016



0 comments:

Post a Comment