April 23, 2016

Dituduh merangsang kanak-kanak lelaki

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN

AYER KEROH - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun di Homestay Isma Isnaini, Taman Tasik Utama di sini, tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Muzamil Pandak, 28, dari Ulu Kinta, Perak bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Muzamil didakwa merangsang dengan melakukan kelucahan melampau dengan menghisap kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, kira-kira jam 2 pagi pada 24 dan 25 Oktober lalu.

Dia turut didakwa melakukan perbuatan sama di lokasi sama terhadap seorang lagi kanak-kanak lelaki 12 tahun kira-kira jam 3 pagi pada  24 dan 25 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377 E Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Peguam Luqman Hakim Azhar merayu supaya jaminan dibenarkan terhadap anak guamnya yang tiada sebab untuk tidak hadir ke mahkamah berikutan perlu bekerja dan menanggung ibu dan ayah, selain isteri baru dinikahinya November lalu.

Selepas mendengar rayuan itu, Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan beliau menetapkan kes disebut semula pada 2 Jun depan bagi serahan dokumen.

Sinar Harian 23 April 2016

0 comments:

Post a Comment