April 23, 2016

Comel betul `baby' ni!

IHSAN Polis Diraja Malaysia

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bayi perempuan dua bulan ditemui di depan satu daripada unit pangsapuri di Bandar Puteri, Puchong, malam tadi.

Ditemui penduduk yang terdengar tangisan sebelum menemui bayi itu yang diletakkan dalam plastik putih di depan rumahnya, pada 11.57 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah mengesahkan penemuan itu.

Beliau berkata berkata, bayi itu kemudian dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya dengan bantuan anggota MPV sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan.

"Bayi ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

myMetro 23 April 2016


Bayi perempuan ditemui dalam beg plastik

Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg plastik putih yang diletakkan di hadapan sebuah apartmen kos rendah di Bandar Puteri, Puchong.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg plastik putih yang diletakkan di hadapan sebuah apartmen kos rendah di Bandar Puteri, Puchong, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah berkata, kehadiran bayi itu disedari seorang penduduk yang terdengar suara tangisan bayi ketika dia sedang menaiki tangga kira-kira pukul 11.30 malam.

"Lelaki itu kemudian ternampak beg plastik berwarna putih yang bergerak-gerak di depan sebuah rumah dan menemui bayi perempuan di dalamnya.

"Bayi itu dipercayai berusia lebih sebulan dan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Adnan berkata, bayi yang belum diketahui kewarganegaraannya akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas menerima rawatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati apartmen itu tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup. - Bernama

23/04/2016



0 comments:

Post a Comment