April 19, 2016

Anak tergantung dalam bilik tidur

KUALA KRAI - Seorang ibu yang pulang dari majlis tahlil terkejut anak lelakinya meninggal dunia dalam keadaan tergantung di kediaman mereka di Kampung Keroh, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 29 tahun itu dikatakan meminta wang daripada ibunya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat mangsa ditemui tergantung di dalam bilik tidur.

Menurutnya, mangsa tidak bekerja dan pernah berkahwin kali pertama dan bercerai pada 2010.

“Isteri pertama tidak bekerja, sementara isteri keduanya pula seorang guru tadika yang bertugas di Kota Bharu.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki ini mempunyai rekod dadah mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB),” katanya.

Menurut Abdullah, tiada unsur jenayah pada tubuh si mati dan tiada barang miliknya yang hilang.

“Semasa kejadian, si mati sendirian di rumah. Si mati dikatakan berselisih faham dengan ibunya yang tidak memberikan wang sebelum bertolak ke Kota Bharu,” katanya.

Beliau berkata, hasil maklumat penduduk setempat mendapati mangsa berdepan masalah kemurungan.

Menurutnya, tiada unsur jenayah di sebalik kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai  mati mengejut.

Sinar Harian 10 April 2016

0 comments:

Post a Comment