April 21, 2016

Ajal terjun dari tingkat 12

Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Lelaki warga asing maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 12 Apartment Waikiki, Tanjung Aru, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui mati terbaring berhampiran gelanggang tenis di apartment berkenaan oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian it.

"Mangsa yang dianggarkan berusia 60-an itu cedera di beberapa anggota badan termasuk pecah tempurung kepala menyebabkannya mati serta-merta.

"Polis turut menemui kerusi plastik berwarna kelabu dan sepasang selipar di kaki lima tingkat 12, dipercayai milik mangsa," katanya.

myMetro 21 April 2016

0 comments:

Post a Comment