January 3, 2016

Warga emas hilang ditemui dalam lumpur

Anggota pasukan keselamatan Bercham mengeluarkan Ah Lai dari lumpur.

IPOH – Seorang lelaki warga emas yang tidak pulang ke rumah sejak Selasa lalu ditemui terperangkap dalam lumpur di sebuah kebun sayur di Tanjung Rambutan, di sini, kelmarin.

Ng Ah Lai, 78, dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Kenanga, Kuala Kangsar menaiki motosikal Honda EX5 untuk ke kebun berhampiran.

Difahamkan, warga emas yang dipercayai nyanyuk dan mengidap Parkinson itu ada menghubungi keluarganya memaklumkan dia sesat di Ipoh sehari selepas keluar rumah.

Adun Bercham, Cheong Chee Khing berkata, usaha mencari pasukan keselamatan menemukan warga emas terbabit di kebun berkenaan kira-kira jam 11 pagi. "Mangsa ditemui dalam keadaan lemah dengan badannya penuh lumpur.

"Dia dimandikan dan diberi makan buah serta minum untuk mendapatkan tenaga," katanya. Menurutnya, mangsa turut dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Kita dah hubungi keluarga Ah Lai untuk maklumkan penemuan ini. "Malah, motosikalnya juga ditemui dalam keadaan baik di kebun itu," katanya.

Sinar Harian 2vJan 2016

0 comments:

Post a Comment