January 2, 2016

Tragedi tukar tayar

Suasana di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca

Pasir Mas: Penoreh getah wanita maut manakala anak perempuannya parah selepas dilanggar kereta ketika menukar tayar keretanya di tepi jalan di Banggol Chica, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.10 pagi tadi itu, Marina Yusof, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Anak perempuannya berusia 15 tahun parah di kepala dan muka dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dirawat.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, Marina bersama anaknya menukar tayar kereta Perodua Kancil di tepi jalan sebelum tiba-tiba kereta Perodua Viva dari arah sama melanggar belakang kereta Marina dan merempuh dua beranak itu.

"Marina meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya parah di kepala dan muka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 1 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment