January 2, 2016

Remaja maut, kereta terbabas

Keadaan kereta Toyota Vios yang terbalik selepas terlibat dalam kemalangan.

KAMPAR - Seorang remaja maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan di Kilometer 299.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Nursheda Asyikin Zubir,22, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor bersama tiga orang rakannya sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Ipoh.

Ketua Polis Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi lebuh raya.

Katanya, insiden itu menyebabkan kereta mangsa berada dalam keadaan terbalik di bahu jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Kosmo 1 Jan 2016


Wanita maut kereta terbabas

Kampar: Wanita maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 299.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nursheda Asyikin Zubir, 22, berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor, menaiki kereta bersama tiga lagi rakannya dan dalam perjalanan ke arah Ipoh

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, tiga rakan mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dan apabila sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan terbalik.

"Akibat kemalangan itu kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu mengalami kecederaan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan 10.30 pagi tadi dan jenazah akan diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian.

myMetro 1 Jan 2016


Tragedi balik Ipoh

Kampar: Perjalanan empat sekawan menaiki sebuah kereta berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta dipandu terbabas dan terbalik di Kilometer 299.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian 7.20 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta dikenali sebagai Nursheda Asyikin Zubir, 22, berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor yang dalam perjalanan ke arah Ipoh menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Superintendan Ng Kong Soon berkata, tiga rakan mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh dan apabila sampai di tempat kejadian dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan terbalik.

“Dalam kemalangan itu semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu mengalami kecederaan parah serta meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan 10.30 pagi sebelum jenazah diserahkan kepada ahli keluarga untuk pengebumian.

“Rakan mangsa yang tidak cedera dikenali sebagai Muhammad Hafiz Zainudin, 26 (penumpang depan), Nurul Batrisya Husna Noor Azlan, 16 (penumpang belakang) dan seorang lagi penumpang belakang Mohd Syazwan Ahmad, 27, yang ketiga-tiganya berasal dari Klang, Selangor.

“Kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

myMetro 2 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment