January 3, 2016

Pilih jalan terakhir

KEADAAN mangsa yang ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat lima kondominium.

Seremban: Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium mewah di Taman Bukit Kaya, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mayat wanita dikenali Tran Thi Bich Tho, 27, ditemui salah seorang penduduk sebelum memaklumkan kepada pihak pengurusan, kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di kaki lima sebuah blok kondominium selepas dipercayai terjun dari tingkat lima bangunan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial pada Julai lalu, dan menetap di kondominium berkenaan bersama beberapa rakan sejak dua bulan lalu.

myMetro 2 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment