January 1, 2016

Jel 24 tahun rogol remaja lembam

Kuala Lumpur: Pemandu van yang membawa pelajar sekolah dipenjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja perempuan lembam berusia 16 tahun, tahun lalu.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Ser Kim Joo, 51, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 2 Disember tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Wangsa Maju di sini pada 22 November dan 29 November tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

myMetro 31 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment