January 3, 2016

Cemas dikejar tebuan


MANGSA dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jeli: Seorang pemuda berdepan detik mencemaskan apabila diserang kumpulan tebuan ketika menebas semak di kebun getah milik ayahnya dalam kejadian di Kampung Pasir Dusun di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Azmi Che Hassan, 27, terpaksa dikejarkan ke Hospital Jeli menggunakan ambulans milik Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Jeli bagi menerima rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan di kepala dan badan.

Azmi kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Azmi berkata, sebelum kejadian dia bersama adik, Azrul Che Hassan, 25, pergi ke kebun jam 9.30 pagi.

Katanya, sebaik tiba dia terus memulakan kerja membersihkan kebun berkenaan.

myMetro 2 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment