January 3, 2016

Budak 4 tahun lemas dalam parit

Melaka: Budak lelaki berusia empat tahun ditemui lemas di dalam parit berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Pasir, Alai, di sini, 3.30 petang, semalam.

Mangsa, Muhammad Alif Rayyan Alfadilah keluar bermain seorang diri kawasan berkenaan sebelum ditemui lemas di dalam parit terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Ibu mangsa, Kamariah Mohamad, 43, berkata, anak bongsu daripada sembilan beradik itu mula menunjukkan perubahan sikap seminggu sebelum kejadian iaitu menjadi pendiam dan tidak ceria.

"Kebiasaannya dia akan keluar bermain bersama-sama dengan adik-beradik yang lain, namun semalam dia keluar bersendirian selepas saya memandikannya.

"Risau dengan keselamatannya saya memaklumkan perkara itu kepada jiran yang kemudian membantu mencarinya sebelum ditemui di dalam parit berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kanak-kanak itu ditemui oleh jirannya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 3.30 petang.

Beliau berkata, mangsa kemudian kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan namun gagal diselamatkan.

myMetro 2 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment