December 29, 2015

Pemuda maut langgar lembu

KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di KM4, dekat hadapan Pam Air Jalan Utama Felda Semenchu, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian pada 10.30 malam itu, Mohd Taufik Daud, 28, dalam perjalanan ke kilang sawit, dipercayai melanggar haiwan tersebut menyebabkan mangsa terbabas.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari Blok 5 Felda Semenchu itu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

27 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment