December 28, 2015

Pemandu, penumpang cedera kereta terbakar

Keadaan kereta Honda City yang terbakar selepas melanggar tiang elektrik. - Foto AB

Melaka: Pemandu lelaki dan penumpang wanita sebuah kereta jenis Honda City cedera manakala kereta berkenaan terbakar 80 peratus akibat melanggar tiang elektrik berhadapan Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Ayer Keroh, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan Mohd Asraf Abdullah berkata, kedua-dua mangsa dikeluarkan orang awam dan polis sejurus selepas kejadian.

"Ketika bomba sampai, api sudah marak ke bahagian tengah Honda City terbabit manakala pemandu dan penumpang sudah di hantar ke Hospital Melaka.

"Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bahagian depan kereta terbabit sejurus kemalangan berlaku," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran sedang dalam siasatan.

myMetro 28 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment