December 28, 2015

Mujur sempat keluar

BMW yang terbakar pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Shah Alam: Pemuda berusia 22 tahun terselamat selepas sempat keluar dari kereta BMW dipandu yang terbakar dalam kejadian di Plaza Tol Batu Tiga, di sini, arah Klang, kira-kira 5.15 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pemuda itu tidak cedera.

Katanya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, di sini, ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran selepas menerima maklumat.

Katanya, kereta berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana ketika tiba di lokasi, api marak membakar kereta itu.

"Setakat ini bomba masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

myMetro 26 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment