December 29, 2015

Mekanik maut dirempuh kereta

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

PETALING JAYA - Seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian di Kilometer 20.7 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Hamzah Tambies, 51, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada kepala dan badan.

Kosmo 28 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment