December 28, 2015

Maut bertembung kereta

Rohaizai meninggal dunia di tempat kejadian.

Ipoh: Lelaki,40, maut selepas motosikal ditungangnya bertembung dengan kereta di Jalan Jelapang berdekatan Taman Jati, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.50 pagi itu,mangsa, Rohaizai Muhammad yang bekerja di kilang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ tercampak selepas bertembung dengan kereta Perodua Viva.

"Mangsa dipercayai bertembung dengan kereta berkenaan di simpang lampu isyarat.

"Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 26 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment