December 25, 2015

Mangsa bunuh dibungkus kain putih

Mayat lelaki warga Myanmar yang ditemui petang tadi.

Cheras: Lelaki warga Myanmar berusia 20-an ditemui mati dengan kesan tikaman di perut berhampiran tangki air, di Jalan Semerah Padi, petang tadi.

Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan berbungkus pada 2.43 petang sebelum melaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh di rumah di Kampung Cheras baru, sebelum di campak di lokasi penemuan.

Katanya, mangsa dipercayai ditikam menggunakan pisau rambo di bahagian perut sebelum dibungkus dengan kain putih.

"Seorang lelaki warga Myanmar berusia 20-an sudah ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi, malam tadi.

myMetro 24 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment