December 29, 2015

Lelaki maut, motosikal rempuh belakang treler


Chew Khai Loi

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja restoran di Singapura maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Lebuhraya Link Kedua KM13.7 arah selatan, Gelang Patah, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

Mangsa, Chew Khai Loi, 48, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pembonceng motosikal terselamat dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kecederaan dialami.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 28 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment