December 28, 2015

Lelaki maut di kerusi rumah

Georgetown: Mayat seorang lelaki ditemui terduduk atas kerusi rumahnya di Taman Gelugor, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mayat Lee Hok Beh, 61, ditemui jiran yang meninjau ke dalam rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, jirannya kemudian menghubungi polis selepas mendapati mangsa tidak bergerak walaupun namanya dipanggil berulang kali.

"Kita terpaksa meminta bantuan bomba dan penyelamat untuk pecahkan pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.

myMetro 27 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment