December 31, 2015

Kanak-kanak maut, enam cedera ringan terbabit kemalangan

SIBU: Seorang kanak-kanak maut manakala enam yang lain termasuk dua orang dewasa cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan di Tanjung Manis dekat sini.

Mangsa yang dikenali Mohd Hanish berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari setelah kereta dinaiki mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah lori.

Akibat rempuhan tersebut kereta dinaiki mangsa terbalik.

Pemandu kereta berusia 40 tahun yang juga bapa kepada mangsa mengalami kesakitan di bahagian dada dan cedera di muka.

Semasa kejadian, mereka dari Kuching dalam perjalanan ke Tanjung Manis.

Siasatan lanjut masih dilakukan manakala mangsa terselamat dirawat sebagai pesakit luar.

Utusan Borneo 29 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment