December 28, 2015

Jumpa mayat reput


Mayat reput yang ditemui. FOTO ihsan pembaca

Lundu: Mayat reput tanpa kepala, kedua-dua kaki dan tangan ditemui terapung di Sungai Kampung Pandan, di sini, 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemui seorang nelayan yang mahu menangkap ikan.

Katanya, nelayan terbabit kemudian menghubungi talian kecemasan memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

"Setakat ini, kita belum menerima sebarang laporan berhubung kes orang hilang atau lemas di kampung berkenaan serta kawasan di daerah Lundu.

"Kami juga sudah memaklumkan balai polis berhampiran berhubung penemuan mayat terbabit sekali gus diharap dapat membantu siasatan,"katanya ketika dihubungi, hari ini

Wong berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Lundu untuk dibedah siasat.

myMetro 26 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment