December 28, 2015

Gagal bunuh diri

Johor Bahru: Cubaan seorang lelaki membunuh diri tidak berjaya apabila anggota bomba berjaya memadam api pada tubuhnya dalam kejadian di Jalan Jagung Bandar Baru Uda di sini, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Rohaizat Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.10 petang sebelum empat jentera bersama 15 pegawai dan anggota ke lokasi.

Menurutnya, apabila tiba pihaknya mendapati lelaki berusia 20-an itu terbakar di dalam biliknya dan anggota bomba bertindak memadamkan api.

"Lelaki itu hanya melecur hampir 10 peratus dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Difahamkan mangsa berkurung di dalam bilik ketika keluarganya tiada di rumah sebelum membakar diri," katanya ketika dihubungi.

myMetro 26 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment