December 28, 2015

Dua maut, tiga parah

IHSAN Bomba dan Penyelamat

Kuantan: Dua lelaki terbunuh manakala tiga rakan mereka parah elepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, mangsa, S Magenathan, 14, dan M Navin Kumar, 18, maut di tempat kejadian.

Pemandu, M Praveen Raj, 19, dan dua lagi penumpang, G Ravitharan, 18, serta M Parameswaran dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali, berkata ketika kejadian kereta berkenaan dipandu dari arah Kuantan menghala ke Gambang.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu terbabas ke kiri jalan sebelum terjatuh dari tebing dan melanggar pokok," katanya ketika dihubungi.

myMetro 27 Disember 2015


Dua maut kereta langgar pokok

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan.

KUANTAN - Dua lelaki maut manakala tiga lagi rakan mereka cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Batu 12, Jalan Kuantan-Gambang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu M Praveen Raj, 19, dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum terjatuh dari tebing dan melanggar sebatang pokok.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai S Magenathan, 14, dan M Navin Kumar, 18. Kedua-duanya maut akibat cedera parah.

Manakala pemandu dan dua lagi penumpang lain,  G Ravitharan, 18, dan M Parameswaran dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintendan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian, mereka datang dari arah Kuantan menghala ke Gambang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan sebelum terjatuh dari tebing dan melanggar sebatang pokok.

“Kesan pelanggaran itu menyebabkan dua penumpang di bahagian belakang kereta maut di tempat kejadian manakala tiga lagi mengalami kecederaaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati keadaan jalan di lokasi adalah sehala dan lurus serta mempunyai dua lorong.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 28 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment