December 28, 2015

Banjir mulai surut di Kuala Krai

KENDERAAN berhati-hati melalui jambatan yang ditenggelami air selepas hujan lebat di Kampung Pemberian, Kuala Krai. FOTO Rohaida Omar

Kota Bharu: Banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan rendah sekitar Kuala Krai sejak malam tadi mulai surut, pagi ini.

Antara kawasan terjejas termasuk di Kampung Bedal, Kampung Kebun Pisang, Kampung Bukit Sireh dan Kampung Chenulang.

Turut terjejas adalah jambatan sementara di Kampung Pemberian berikutan air sungai melimpah hingga menutupi laluan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, tinjauan pihaknya mendapati air mulai surut di kawasan berkenaan sejak pagi tadi.

"Tiada penduduk yang dipindahkan setakat ini, malah kita juga tidak menerima sebarang panggilan kecemasan daripada mereka.

"Banjir kilat berlaku di kawasan rendah ini kerana hujan berterusan sejak dua hari lalu. Air mulai naik malam tadi.

"Namun keadaan semakin baik pagi tadi," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

myMetro 28 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment