December 28, 2015

Anggota polis maut kemalangan

Motosikal yang ditunggang mangsa. FOTO Shahrul Nizam Mohamad

Kuantan: Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal Yamaha LC ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Mohd Hafizuddin Mahusin, 26, dari Kampung Baru Kechil Bandar Permaisuri, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dalam perjalanan menghala ke Tanjung Lumpur dari Kuantan.

"Akibat rempuhan itu mangsa tercampak dan jatuh di atas jalan, meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat dijalankan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.10

myMetro 26 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment