April 21, 2014

Warga Myanmar maut terjatuh dari kapal

ASP Soliment Ngian (kanan) memeriksa mayat Kwa di Jeti Krokop.

MIRI: Seorang lelaki warga Myanmar maut serta merta akibat cedera parah di kepala selepas terjatuh 15 meter dari kapalnya yang sedang berlabuh di Kuala Baram sekitar pukul 5.30 petang semalam.

Kwa Myat Khing, 44, pegawai kanan kapal tersebut, sedang memantau sekumpulan pekerjanya yang memunggah balak ke atas kapal mereka apabila kejadian berlaku.

Ketika kejadian mangsa sedang berdiri di atas dek teratas dengan pandangan yang jelas menghadap mereka.

Menurut seorang rakan sekerja yang ditemui di lokasi kejadian semalam, mereka sedang sibuk memunggah balak ke atas kapal apabila kejadian berlaku.

“Kwa tergelincir ke dalam air selepas terjatuh dan kami berjaya menyelam dan menariknya,” kata salah seorang dari mereka.

Mereka kemudian membawa mayat mangsa menggunakan bot ke Jeti Krokop di mana mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee, mengesahkan menerima laporan tentang kejadian ketika dihubungi.

Beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Dalam satu kejadian berasingan sekitar pukul 4 petang, seorang pekerja maut apabila sekeping papan terjatuh dan menghempap kepalanya di sebuah tapak binaan di Miri Waterfront di sini.

Mangsa dikenali sebagai Edward Usil, 21, dari Selangau.

Dia disahkan sudah meninggal dunia di Hospital Miri  akibat kecederaan dialaminya.

Sumber The Borneo Post 13 Apr 2014


0 comments:

Post a Comment