April 26, 2013

Tercampak atas bonet

MOTOSIKAL mangsa terbalik selepas dirempuh Perodua Alza.

Mersing: “Saya dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah hotel di bandar ini sebelum tiba-tiba Perodua Alza merempuh saya menyebabkan saya tercampak di atas bonet depan kereta,” kata Mohamad Aliff, 20, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi di Kilometer 2, Jalan Mersing-Jemaluang itu, Mohamad yang berasal dari Pulau Tinggi menunggang motosikal ke pusat bandar sebelum Perodua Alza dari arah bertentangan tiba-tiba membelok ke selekoh menuju sebuah pasar raya lalu merempuhnya.

Mohamad berkata, akibat kejadian, telinga kanannya berdarah selain cedera di badan.

“Saya dihantar ke Hospital Mersing oleh pengguna jalan raya lain ,namun sedih kerana motosikal Yamaha C80 milik saya rosak teruk.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana selamat dan hanya cedera ringan,” katanya.

myMetro 26 Apr 2013

0 comments:

Post a Comment