March 15, 2013

Siswa UiTM cawangan Merbok maut kemalangan



Alor Gajah: Seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baru menerima lesen pada sebelah pagi kelmarin terbunuh dalam kemalangan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata pelajar UiTM cawangan Merbok, Kedah, Sharil Dzakirin Zulhabsha, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan selepas terbabit nahas di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Penuntut jurusan Diploma Pentadbiran Awam itu yang menunggang motosikal dirempuh kereta yang dipandu pesara tentera berusia 40-an, yang dipercayai cuba memotong bas.

Berita Harian 15 Mac 2013

0 comments:

Post a Comment