March 21, 2011

‘Datuk, 2 budak terpelanting’

KEADAAN bahagian hadapan bas persiaran yang remuk selepas merempuh belakang lori kontena dalam kemalangan di KM341.9 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Bidor, semalam.

BIDOR: "Sebaik bas kami dirempuh sebuah lori kontena dari arah belakang, saya melihat ada penumpang termasuk datuk saya dan dua kanak-kanak terpelanting selain ada yang terperosok ke bawah bas dan tersepit.

"Ketika itu saya dan ramai lagi penumpang hanya mampu menjerit dan menangis kerana terlalu cemas serta takut melihat kejadian ngeri itu," kata Nurul Najwa Roslan, 17, seorang daripada 43 mangsa kemalangan jalan raya membabitkan bas persiaran yang mereka naiki bersama dua lori di Kilometer 341.9, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Bidor, di sini, awal pagi semalam.

Kemalangan jam 4.50 pagi itu menyebabkan datuk Nurul Najwa, Sahad@Shariff Md Din, 74, terbunuh di tempat kejadian manakala sebahagian besar lagi penumpang cedera, termasuk enam daripada mereka parah dengan kebanyakannya patah kaki.

Lebih memilukan, kaki seorang daripada kanak-kanak berkenaan hancur selepas dihimpit bas ke pembahagi jalan di tepi lebuh raya. Difahamkan, kaki kanak-kanak itu terpaksa dipotong.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata Sahad meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi parah.

Berita Harian
21 Mac 2011


'Atuk tercampak ke longkang'

TAPAH: “Saya melihat ‘atuk’ (datuk) terpelanting ke dalam longkang di tepi lebuh raya apabila bas yang kami naiki dilanggar dari belakang oleh sebuah lori kontena,” kata Ahmad Nazirul Mohd Roslan.

Nazirul, 9, cucu kepada Sahad @ Shariff Md Din, 74, mangsa yang terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran, sebuah treler dan sebuah lori kontena di Kilometer 341.9, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), arah selatan, dekat Bidor, di sini, jam 4.50, pagi semalam.

Nazirul yang trauma selepas menyaksikan datuknya mati di depan mata berkata, sebelum kejadian, Allahyarham Shariff membantu beberapa penumpang yang cedera dalam kemalangan awal keluar dari bas.

Pelajar Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang, itu berkata, ketika itu dia bersama kakaknya, Nurul Nazuwa Mohd Roslan, 17, neneknya yang juga isteri mangsa, Hasnah Khamis, 64, ibu, Hasni Shariff, 45, dan kembar ibunya, Sarimah, 45, keluar dari bas dan berada di bahu jalan.

“Atuk sedang membantu beberapa penumpang yang cedera keluar dari bas sebelum kami mendengar dentuman kuat dari arah belakang bas.

“Ketika itulah saya menyaksikan atuk tercampak ke dalam longkang selepas sebuah lori kontena yang datang dari arah belakang, melanggar bas menyebabkan bas itu merempuh atuk. Saya tidak mahu naik bas lagi selepas ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah (HT), di sini, semalam.

Sebaik melihat jasad datuknya terbujur kaku dalam longkang berlumuran darah, Nazirul berlari ke belakang lori kontena kerana ketakutan sebelum ditenteramkan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Nenek dan kakak Nazirul turut cedera ringan dalam kemalangan itu.

Seorang lagi mangsa, Norma Mat, 50, berkata, jeritan kesakitan dan suara tangisan memecah kesunyian Subuh itu.

Menceritakan detik cemas sebelum kemalangan kedua berlaku, Norma berkata, kebanyakan penumpang sedang tidur sebelum dikejutkan gegaran kuat menyebabkan ada penumpang tercampak ke hadapan.

“Saya terjaga apabila tiba-tiba terhumban ke tempat duduk hadapan. Dalam keadaan mamai, saya melihat bahagian depan bas remuk selepas merempuh sebuah treler.

“Saya bersama penumpang lain berasak-asak keluar dari bas dan ada penumpang yang duduk di barisan depan tidak boleh bergerak kerana patah kaki,” katanya.

Menurutnya yang cedera di dagu, dada dan kaki kiri, sebaik keluar, dia dan sebahagian daripada 43 penumpang lain, termasuk lebih 10 kanak-kanak, duduk di bahu jalan sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

“Sebuah lori kontena dari arah belakang, tiba-tiba merempuh bas dinaiki kami kira-kira 10 minit kemudian. Rempuhan kuat itu menyebabkan ramai penumpang terutama yang berada dalam atau berhampiran bas, cedera akibat terperosok atau dihimpit bas,” katanya.

myMetro
21 Mac 2011


Ayah langsung tak tegur

TAPAH: “Ayah bersikap pelik kerana bukan saja tidak mempelawa kami masuk ke rumahnya, malah langsung tidak menegur dan bertanya khabar serta memejam matanya ketika saya dan keluarga masuk.

“Kini baru saya sedar ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selamanya,” kata Ismail, 44, anak kepada Sahad @ Shariff Md Din.

Shariff, 74, penumpang bas yang maut dalam dua kemalangan yang berlaku selang 10 minit membabitkan sebuah bas persiaran, sebuah treler dan sebuah lori kontena di Kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bidor, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, siasatan mendapati kemalangan pertama disebabkan kecuaian pemandu bas yang gagal mengelak treler sebelum melanggar bahagian belakangnya.

“Kemalangan itu menyebabkan beberapa penumpang cedera ringan, tapi ketika penumpang berusaha membantu ahli keluarga atau rakan mereka keluar, sebuah kontena merempuh belakang bas itu.

“Rempuhan itu menyebabkan seorang maut akibat terpelanting ke dalam longkang, manakala enam lagi cedera parah dan sebahagian besar cedera ringan,” katanya.

myMetro
21 Mac 2011


Satu maut, enam parah dalam kemalangan bas, dua lori

BIDOR – Hasrat seorang warga emas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang untuk membeli-belah sambil makan angin bersama rombongan ke Nilai, Negeri Sembilan tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan dua lori di Kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.50 pagi itu, Sahad @ Shariff Md Din, 74, mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, kejadian berlaku apabila bas yang membawa 43 penumpang dari Pulau Pinang itu hendak memotong sebuah lori.

Bagaimanapun, katanya, bas itu gagal memotong menyebabkan ia melanggar bahagian belakang lori yang membawa muatan bahan mentah itu.

Roslan berkata, ketika penumpang sedang keluar dari bas yang berhenti di laluan kanan itu, tiba-tiba sebuah lori yang membawa muatan kertas dari arah sama melanggar bahagian belakang bas berkenaan.

"Akibatnya seorang warga emas yang berada di hadapan bas itu dilanggar bas yang bergerak akibat dirempuh dari belakang oleh lori. Pelanggaran kali kedua ini menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian, manakala enam lagi penumpang cedera parah," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dan penumpang yang cedera parah dihantar ke Hospital Tapah.

"Sebahagian daripada 36 penumpang lain, pemandu bas serta pemandu lori hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kami percaya ia berlaku akibat kecuaian pemandu bas dan pemandu lori yang membawa muatan kertas itu,” katanya.

Sinar Harian
21 Mac 2011


Sudah suruh pakcik lari

TAPAH - “Saya suruh pakcik lari selamatkan diri, tapi tidak sempat dan dapati pakcik sudah dihimpit bas,” kata Wan Chik Mad, 48.

Dia antara 43 penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Bidor pagi semalam.

Menurutnya, ketika kejadian pada jam 4.50 pagi itu, dia dan kebanyakan penumpang lain yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan sedang tidur.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan mendapati bas yang kami naiki ini terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

“Kami terus berusaha untuk keluar dan mendapati sepasang suami isteri sudah terbaring di luar bas akibat tercampak keluar kerana kemalangan ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah.

Dalam kejadian itu, seorang warga emas, Sahad @ Shariff Md Din, 74, maut di tempat kejadian, manakala enam lagi penumpang cedera parah.

Wan Chik berkata, selepas kemalangan, dia dan pakcik Sahad bersama penumpang yang lain cuba untuk membantu pasangan suami isteri yang tercampak keluar dari bas itu.

Katanya, tiba-tiba sahaja sebuah lori dari belakang bas melanggar bas berkenaan yang sudah berhenti akibat kemalangan sebelum itu menyebabkan Sahad tidak dapat mengelakkan diri.

“Saya sedih dengan kejadian yang terjadi ini kerana ia berlaku di depan mata dan saya sudah menyuruh pakcik melarikan diri, tetapi tidak sempat.

“Saya mengalami kecederaan di muka dan kami sebenarnya dari Pulau Pinang mahu ke Nilai untuk melawat dan membeli-belah di sana,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Azhar Yaakob, 34, berkata, keadaan selepas kemalangan pertama yang berlaku menyebabkan semua penumpang bas segera mahu keluar daripada bas untuk menyelamatkan diri.

“Saya turut terlena dan bas ini sebenarnya baru bergerak selepas berhenti di Hentian Rawat dan Rehat Bukit Gantang.

“Namun setibanya di tempat kejadian, kami hanya sedar apabila bas sudah berlanggar dan dalam usaha menyelamatkan diri untuk keluar daripada bas, sekali lagi bas ini dilanggar di bahagian belakang,” katanya.

Sinar Harian
21 Mac 2011


Injured man in bus crash killed while rescuing passengers

Mangled wreckage: An expressway staff and a tow truck worker checking the damage on the bus near Bidor Sunday.

IPOH: In a tragic sequence of events, an injured bus crash victim who was helping other passengers was himself killed when a container lorry smashed into the stalled vehicle.

Sahad @ Shariff Md Din was earlier travelling with his family and other passengers when the bus they were in crashed into a lorry.

The 74-year-old who was helping the injured victims was flung into a ravine and killed when the stalled bus got hit a second time at KM341.9 of the North-South Expressway near Bidor by a container lorry.

His daughter, Hasni Sahad, 47, said: “I was looking for my children when a container lorry crashed into the rear of the bus.

“I shouted out to my father to get away from the wreck but when I turned around, he was nowhere to be seen. One moment he was helping others to get off the bus and in the next, he was gone,” she said.

Words of comfort: A policeman keeping a victim company as firemen fight to free her from under the wreckage of the express bus at KM341.9 of the North-South Expressway Sunday.

Hasni, a telephone operator with The Star in Penang, was travelling with her parents, sister, two children and some friends from the island to Nilai yesterday.

“It was supposed to be a fun trip. Instead, we had to watch father die.”

Hasni said the bus was badly damaged. “I was thrown to the floor while my parents were hit by luggage from the overhead compartment,” she related.

Hasni said passengers were trying to get to safety when the container lorry, which was transporting paper reels, rammed into the bus.

Tapah OCPD Superintendent Roslan Bek Ahmad said it took Fire and Rescue Department personnel over an hour to free three victims trapped in the mangled wreck.

“Six passengers who suffered serious injuries have been taken to hospitals in Tapah, Teluk Intan and Ipoh while two others who sustained slight injuries received outpatient treatment at the Tapah Hospital.”

Then Star
21 March 2011

0 comments:

Post a Comment