1 SYAWAL 1435H

1 SYAWAL 1435H

2MM

TERIMA KASIH

Gambar-Gambar Pilihan

PENGHUNI Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin Nurul Iman, Mohamad Amir Haziq,12, mencari barangan yang masih boleh dipakai di celah-celah sisa kebakaran yang memusnahkan stor tempat menyimpan pelbagai barangan makanan, baju, alat tulis serta bilik warden dalam kejadian kebakaran di Kampung Manjoi, Ipoh. - Foto Ikhwan Munir/Berita Harian Mar 3, 2010


KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (kanan) melawat Mohd. Izwan Mustafa yang patah kaki kanan akibat dihempap jentolak yang turut mengorbankan rakannya ketika ditemui di Hospital Melaka, Melaka, 21 Feb. 2010 - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF


MAT Saad Ismail membersihkan badan anaknya Saiful Rosmin yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman dalam darah di Jalan Datok Kumbar, Alor Setar, 21 Feb. 2010 - Utusan/HALIM KHALID


DR VASAN (tiga dari kiri) bersama Rosli (kiri) dan Mohd Zahir (dua dari kiri) melawat Mohd Ihsan yang menghidap sakit kulit kronik di Kampung Tengah dekat Trong, Taiping. Jan 2010, Berita Harian


KANAK-KANAK Tabika Padungan asyik memerhati telur-telur ayam mentah yang berdiri tegak tepat jam 12 tengahari hingga pukul 1 petang, di Kuching, Sarawak, 16 Jun. Fenomena ini berlaku pada saat matahari berada tepat di zenith, suatu tempat disebut dengan peristiwa "transit utama matahari". - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN, 16 Jun 2010


ANGGOTA polis dari balai polis Puchong menyiasat kejadian jalan jerlus di kawasan Syeksen 5, Taman Kinrara. Foto: Farizul Hafiz Awang (24/09/2011)


26 SEPT 2011: Ng Chow Moi, 63, didapati menyimpan sampah sarap di dalam rumahnya semasa Operasi Rumah Kotor bersama pasukan MBSJ di Subang Jaya. - Utusan/MOHD AZIM ABD RAHMAN


21 SEPT 2011: Kelihatan tiga anggota bomba sedang berusaha memadamkan satu kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan sebuah kilang getah yang dijadikan sebagai gudang menyimpan barang-barang di Kg Padang Balang, Gombak, Kuala Lumpur. - Utusan/IRWAN MAJID



TIGA bayi yang baru lahir pada 11.11.11 di Pusat Perubatan Kinta, Ipoh. Foto: L. Manimaran (11/11/2011)


RASLI Awang Kechik, 58, yang lengkap berpakaian Jalur Gemilang berdiri megah dihadapan rumahnya, yang turut dihiasi jalur gemilang di di Sungai Petani, Kedah, hari ini. Rasli yang setiap hari memakai baju berkenaan tidak segan silu malah berbangga mengenakan pakaian berkenaan disebabkan semangat dan cintanya kepada tanah air. - Foto Bernama Aug 26, 2010


M. KANDAPAN bangga menunjukkan logo 1Malaysia dan keretanya yang dihiasi dengan wajah-wajah pemimpin negara serta Jalur Gemilang sebagai tanda semangat cintakan negara sempena sambutan kemerdekaan ke-53, ketika ditemui di Johor Bahru, Johor, 24 Ogos. - Utusan/NASIRRUDDIN YAZID


AHMAD Saad, 59, meninjau sawah padi miliknya yang kering kontang akibat ketiadaan hujan hampir sebulan di Kampung Tok Kuning, Kangar. Foto: Amran Hamid (16/02/2012) myMetro




IPOH: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengambil masa hampir setengah jam untuk menangkap ular tedung selar ini yang sepanjang empat meter dan seberat empat kilogram. Foto: Muhaizan Yahya (13/02/2012) myMetro




Banjir Di Changlun, Kedah 10 Mac 2012



SEORANG lelaki cuba untuk terjun dari atas bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar. Foto: Lim Poh Chin (12/03/2012)



BEGINILAH keadaan awan berkepul di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu disusuli angin dan hujan lebat. Foto Ihsan: James Gimpas (12/06/2012)




ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadam kebakaran membabitkan lima kontena dan 15 rumah penempatan sementara warga asing di sebuah tapak pembinaan di Relau, Pulau Pinang, awal pagi tadi. - Foto Michael Ong Jun 15, 2012 12:02 pm




Melaka 18 Jun 2012 - Hazman Shahir Samsul Kamal, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Dol Said yang mengalami kecacatan fizikal menunjukkan anugerah sijil cemerlang kerana berjaya memperolehi keputusan 5A di dalam peperiksaan PMR kepada ibunya Azlina Hassan pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dari Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri Melaka di sini hari ini. - UTUSAN/Azli Ahad



BALING: Penduduk menunjukkan jambatan sepanjang 50 meter yang runtuh dan membahayakan pengguna di Kampung Banggol Berangan Labu Besar, Mukim Bakai. FOTO Safuri Kamarudin / myMetro 9 Jul 2012


MUAR 10 Julai 2012 - Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran pada kilang tayar terpakai di kawasan perindustrian Jorak, di sini hari ini, yang terbakar lebih empat jam dan mengakibatkan kerugian kira-kira RM100,000. - UTUSAN/Zulhisham Isahak