March 12, 2018

Suami isteri maut dua kereta bertembung

PASANGAN suami isteri, Mohd Sazarim dan Malisa yang menaiki kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas maut selepas bertembung dengan kereta Proton Waja di Jalan Salor Baru, di sini awal pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Salor Baru di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi, Mohd Sazarim Mat Nawi, 31, dan Malisa Ismail yang menaiki kereta Perodua Kancil, maut di tempat kejadian, manakala pemandu Proton Waja pula cedera serta dikejarkan ke Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata kereta Perodua Kancil terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

Setiba di lokasi kejadian, beliau berkata, kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kereta Proton Waja.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

"Pemandu Proton Waja yang cedera pula dikejarkan ke hospital," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987," katanya.

Beliau berkata, polis menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi segala isyarat lalu lintas dan berhati-hati memandu. - Oleh Muhamaad Razis Ismail

Berita Harian 12 Mac 2018


Ajal suami isteri bersama

SUAMI isteri maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta lain di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, pagi ini.

Dalam kejadian 4.15 pagi itu Mohd Sazarim Mat Nawi, 31 dan Malisa Ismail yang menaiki Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

Pemandu Proton Waja yang cedera dikejarkan ke Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kereta Perodua Kancil itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

Katanya apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan dan terbabas melanggar kereta Proton Waja.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

"Manakala pemandu Proton Waja yang cedera dikejarkan ke hospital," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Katanya, polis menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi segala isyarat lalu lintas dan berhati-hati memandu. - Muhamaad Razis Ismail

myMetro 12 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment