BAGAN SERAI: Seorang kerani bank maut tersepit apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas kilang di Jalan Ipoh - Butterworth berhampiran Sungai Rawa, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Lee Jin Wah, 40 disahkan maut di lokasi kemalangan oleh petugas paramedik.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan II Nasir Wahab, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.26 petang.
"Sebaik tiba di lokasi, kelihatan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebuah kereta PERODUA Kancil yang bertembung dengan sebuah bas kilang," katanya ketika dihubungi.
Katanya, anggota bomba mengambil masa hampir satu jam untuk menyeluarkan mayat yang berada dalam keadaan tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Berita Harian 10 Mac 2018
Sila periksa kuku anak masing masing !
-
Seperti biasa... tugas harian aku ialah menjemput dan menghantar anak anak
ke sekolah sendiri. Aku lebih puashati dapat buat gitu. Tak kaya pun tak pe
...
14 hours ago
0 comments:
Post a Comment