Muhamad Izzat Nasuruden
am@hmetro.com.my
Kampar : Lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggang merempuh kereta Perodua Kancil di Jalan Haruan Mambang Diawan, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, mangsa, Hew Kwai Lim, 77, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Pekan Mambang Di Awan menghala balik ke rumahnya.
Setibanya di lokasi kejadian, kereta Perodua Kancil dipercayai tidak memberhentikan kenderaannya menyebabkan mangsa merempuh kereta itu.
Motosikal itu mengalami kerosakan dibahagian hadapan manakala kereta itu pula mengalami kerosakan pintu belakang.
Kong Soon berkata, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
myMetro Selasa, 11 Oktober 2016
Bawa mak dan anak periksa mata tu ! Jangan biarkan.
-
Alhamdulillah....
Mak aku mengadu cermin mata dia dah tak sedap nak guna. Kabur bila guna.
Rasanya dah masuk 2 tahun cermin mata tu. Katanya bila tengo...
10 hours ago
0 comments:
Post a Comment