October 13, 2016

Remaja putus tangan ditetak penyamun

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang remaja lelaki putus tangan kanan akibat ditetak penyamun di depan sebuah stesen minyak di Bandar Baru Air Itam di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun bersama seorang rakan, dalam perjalanan pulang membeli barang di kedai serbaneka 24 jam berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika sedang berjalan, seorang lelaki bersenjatakan parang menetak kaki mangsa.

“Mangsa cuba melarikan diri namun terjatuh sebelum suspek menetak tangan kanannya dan mengambil cincin emas pada jarinya.

“Tetakan itu menyebabkan tangan kanannya putus dan mangsa masih dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri dengan sebuah Proton Perdana dan mangsa mengalami kerugian RM3, 000.

myMetro Jumaat, 7 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment