October 13, 2016

Mayat nelayan jatuh laut ditemui


Manjung: Mayat nelayan yang jatuh ke dalam laut di perairan Pulau Talang, Pantai Remis dekat sini kelmarin, ditemui pasukan penyelamat 3.2 kilometer dari lokasi kejadian, hari ini.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata, mayat Mohd Khairi Ibrahim, 32, ditemui oleh Pasukan Gerakan Marin (PGM), 11.20 pagi tadi.

"Mangsa ditemui di 4.5 batu nautika barat Pulau Talang kira-kira 1.8 batu nautika dari tempatnya dilaporkan jatuh.

"Mayat mangsa akan dibawa ke pelantar ikan di Pantai Remis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian 10 pagi kelmarin, mangsa terjatuh ketika dalam perjalanan pulang selepas menurunkan pukat di laut bersama adik dan tekong bot.

myMetro Khamis, 13 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment