October 13, 2016

Bas, enam kereta hangus


Asmah Rusman
asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sebuah bas RapidKL dan enam kereta terbakar berhampiran pasar raya di Seksyen 5, Wangsa Maju, 3.50 petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.54 petang.

Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Setapak dan WangSa Maju diarahkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, api sedang marak dan turut membakar enam kereta yang diletak di kawasan berhampiran.

"Pada 4.28 petang api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, pengendali perkhidmatan bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd memohon pemilik kenderaan yang terbakar menghubungi syarikat itu bagi tujuan tuntutan pampasan.

Menurut kenyataan media syarikat itu, pemilik boleh menghubungi talian bantuan 03-7885 2585 atau emel kepada suggest@rapidkl.com.my.

Kenyataan itu menjelaskan, kejadian petang itu membabitkan bas laluan T521 (LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju).

"Insiden berlaku apabila bas berhenti secara tiba-tiba dan kapten bas terhidu bau asap sebelum meminta semua enam penumpang di dalam bas berkenaan keluar," katanya.

Katanya, Rapid Bus memohon maaf atas insiden itu yang menyebabkan gangguan lalulintas di sekitar lokasi

myMetro Khamis, 13 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment