May 6, 2016

Ular sawa mati terperangkap

FOTO ihsan bomba

Rokaid Chik
am@hmetro.com.my

Pasir Puteh: Bangkai ular sawa batik sepanjang enam meter ditemui terperangkap dalam kebakaran hutan di kawasan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Gong Kedak, dekat Besut, di sini, semalam.

Bangkai ular yang diviralkan itu mendapat perhatian netizen dengan pelbagai tanggapan berikutan musim panas pada masa ini.

Ketua Balai Bomba Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pada peringkat awal pihaknya hanya menyertai operasi bersama anggota bomba TUDM kem tentera bermula jam 12 tengah hari hingga 7 petang untuk memadam kebakaran hutan.

Katanya, sebaik operasi berakhir, pihaknya terkejut selepas menemui seekor bangkai ular sawa batik yang dipercayai mati terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

"Seramai lapan anggota bomba Pasir Puteh dan lapan anggota bomba TUDM bersama sebuah pesawat Agensi Penguatkuasa Maritime Malaysia (APMM) berusaha memadam kebakaran.

"Bangkai ular yang kita temui itu ditinggalkan di kawasan kebakaran," katanya di sini, hari ini.

Azhar Elmi berkata, seluas 20 hektar hutan terbakar dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka oleh orang ramai sebelum merebak ke kawasan kem tentera.

myMetro 5 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment