May 9, 2016

Tujuh kenderaan hangus

FOTO ihsan bomba

Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my

Klang: Tujuh kenderaan dalam sebuah stor lama musnah dalam kebakaran di Jalan Ladang, Taman Selatan, dekat sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira 4.30 pagi itu membabitkan dua kereta jenis Mercedes, dua Proton Saga dan masing-masing sebuah kereta jenis BMW, Proton Waja serta sebuah van.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.30 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai bergegas ke lokasi dan tiba 16 minit kemudian.

Beliau berkata, lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja terbabit dalam operasi itu.

"Kebakaran ini memusnahkan 70 peratus stor simpanan kereta lama.

"Tujuh kereta terbabit dan operasi kebakaran ditutup pada jam 5.51 pagi," katanya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

myMetro 9 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment