May 4, 2016

Tragedi awal pagi

Cha Kirin (kiri) dan Muhamad Shazmin maut dalam kemalangan motosikal 1 pagi tadi. FOTO Hamzah Osman dan ihsan pembaca

Hamzah Osman

Langkawi: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang dipercayai bergesel dan mereka tercampak di atas jalan di Jalan Kuah-Padang Matsirat, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, Muhamad Shazmin Kasa, 16, dan Cha Kirin Che Mohamad, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada badan.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Langkawi Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang kedua-kedua mangsa datang dari arah Kuah menghala ke Padang Matsirat sebelum dipercayai bergesel di tengah jalan.

Katanya, akibatnya, Muhamad Shazmin dari Kampung Padang Lalang dan Cha Kirin dari Kampung Chandek Kura, di sini, tercampak ke atas jalan dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 29 April 2016



0 comments:

Post a Comment