May 26, 2016

Tiga parah bertembung

KEADAAN Proton Satria yang remuk teruk akibat bertembung van. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Chukai: Tiga termasuk seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan kereta Proton Satria dengan van di Kilometer 128, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Meraga Beris, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.35 malam itu, pemandu kereta terbabit, Azmi Sembok dan penumpang wanita Nur Syahita Kadir masing-masing berusia 20-an parah pada bahagian kaki.

Manakala, pemandu van berusia 30-an yang juga seorang jurutera pendawaian elektrik berasal dari Kemasik, di sini, turut dilaporkan patah kaki kiri.

Difahamkan, van berkenaan yang dipercayai dari Kemasik ke Kemaman dikatakan bertembung dengan Proton Satria yang datang dari arah bertentangan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Razak Mohd Amin berkata, seramai 11 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, pihaknya mengambil masa selama 20 minit untuk mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang tersepit sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

myMetro 25 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment