May 13, 2016

Tiga maut, satu parah

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca.


Amrullah Abdul Karim
hmetroshahalam@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Tiga maut dan seorang lagi parah apabila Perodua Kancil dinaiki terbabit nahas dengan dua kereta lain di Jalan Rasa-Bukit Beruntung di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Beruntung ke Rasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Md Razi Hassan berkata, bomba menerima panggilan pada 5.25 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa tersepit namun dapat dikeluarkan dalam tempoh 15 minit.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia membabitkan seorang wanita dan dua lelaki, manakala seorang lagi parah dikejarkan ke hospital berdekatan," katanya.

myMetro 12 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment