May 26, 2016

Tiga maut nahas kemalangan

FOTO ihsan bomba

Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

Papar: Tiga maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Beaufort-Papar berhampiran Kampung Andus, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, semua mangsa yang maut terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Papar, Dunstan Peter ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 6.43 pagi dan tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian.

"Kemalangan itu menyebabkan lima individu terdiri daripada dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki tersepit selepas van dan lori yang dinaiki mereka remuk.

"Kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan semua mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.

myMetro 26 Mei 2016


Seorang lagi mangsa meninggal dunia

KEJADIAN kemalangan maut di Papar hari ini. FOTO ihsan bomba

Ardyhansah Amat dan Mohd Ruzaini Zulkepli
hmkk@hmetro.com.my

Papar: Seorang lagi mangsa parah yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7 Jalan Papar-Beaufort, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Papar, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abd Rakman berkata, Ibert Kinsui, 45, yang juga pemandu lori tiga tan maut selepas mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia seramai empat orang.

"Sebelum ini, pemandu van Freddy Abbei, 20, dan dua penumpangnya Kasmawati Ibrahim, 47, serta Fatimah Haris, 30, disahkan meninggal dunia.

"Selain itu, dua lagi penumpang van berkenaan termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan parah dan masih menerima rawatan di hospital," katanya.

Tambahnya kemalangan itu turut membabitkan dua kenderaan lain iaitu Toyota Land Cruiser dan Mitaubishi Pajero, masing-masing dipandu seorang lelaki dan seorang wanita.

myMetro 26 Mei 2016


4 maut kemalangan 4 kenderaan di Papar

Empat penumpang maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori yang remuk setelah berlanggar dengan dua lagi kenderaan, iaitu sebuah kereta dan sebuah van. - Foto Bernama

PAPAR - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 7, Jalan Papar - Beaufort, awal pagi tadi.

Mereka yang maut ialah Freddy Abbei, 20, Kasmawati Ibrahim, 47, Ibert Kinsui, 45, dan Fatimah Haris, 30, manakala dua mangsa yang cedera adalah Nurhazirah Mattali, 19, dan Mohd Akil Afandi Jumadi, 3, iaitu anak kepada Fatimah.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abd Rakman berkata kemalangan kira-kira pukul 6.40 pagi itu membabitkan sebuah lori, sebuah van dan dua kenderaan pacuan empat roda.

Freddy yang merupakan pemandu van dan penumpangnya, Kasmawati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Dua lagi mangsa, Ibert yang juga pemandu lori serta seorang lagi penumpang van, Fatimah meninggal dunia di Hospital Papar, juga akibat kecederaan di kepala.

Kedua-dua pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

George berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian van berkenaan dipandu dari arah Kampung Sinar Baru ke Sekolah Kebangsaan Our Lady of Fatimah, Papar.

Bagaimanapun katanya, apabila tiba di tempat kejadian, lori dipandu Ibert yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan dan memasuki laluan van lalu merempuhnya.

"Lori itu kemudian merempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang datang dari arah bertentangan.

"Sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser yang datang dari arah sama dengan lori gagal mengelak lalu bergesel dengan lori tersebut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

George juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan hanya memotong kenderaan lain dalam keadaan selamat. –Bernama

Sinar Harian 26 Mei 2016


Empat maut dalam nahas libatkan empat kenderaan

PAPAR - Empat maut manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Papar-Beaufort berdekatan Kampung Andus, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu melibatkan sebuah lori, sebuah van dan dua buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Mitsubishi Pajero dan Toyota Land Cruiser.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abdul Rakman berkata, dua mangsa mati di tempat kejadian manakala dua yang lain disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Papar.

Katanya, mangsa yang dimaut dikenali sebagai Freddy Abbie, 20, yang juga pemandu van serta dua penumpangnya iaitu Kasmawati Ibrahim, 47, dan Fatimah Haris, 30.

"Seorang lagi yang maut merupakan pemandu lori iaitu Ibert Kinsui, 45, manakala dua mangsa yang cedera merupakan penumpang van dikenali sebagai Nurhazirah Mattali, 19, dan Mohd. Akil Afandi Jumadi, 3," katanya di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

26 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment