May 5, 2016

Taska jadi sasaran perompak

RAKAMAN CCTV perompak memasuki taska di Bandar Baru Selayang.

Selayang: Sekumpulan kanak-kanak sedang belajar di sebuah taska, di sini, bertempiaran melarikan diri ketakutan selepas premis itu diceroboh masuk perompak.

Dalam kejadian jam 10.48 pagi Isnin lalu, tiga penjenayah menaiki dua motosikal menjadikan taska terletak di Bandar Baru Selayang di sini, sebagai sasaran.

Sumber polis berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, suspek dilihat memberhentikan motosikal di hadapan taska berkenaan.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek bertindak memanjat pagar dan menendang pintu sebelum memasuki taska berkenaan.

“Berdasarkan dari rakaman CCTV berdurasi 46 saat itu, suspek berjaya membawa lari beg tangan milik pengasuh taska dan wang tunai disimpan di premis itu.

“Rakan suspek yang menunggu di luar premis kemudian bertindak membuka pintu pagar taska bagi memudahkan rakannya melarikan diri dari dalam taska itu,” katanya.

myMetro 30 April 2016




0 comments:

Post a Comment