May 6, 2016

Stor simpan permaidani terbakar

KEADAAN stor yang terbakar. FOTO ihsan Bomba

Mohamed Arsyad Md Yassin
am@hmetro.com.my

Taiping: Rumah kedai yang dijadikan stor menyimpan permaidani terbakar di Jalan Tupai, Kampung Jambu, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi itu, kebakaran menyebabkan premis satu tingkat terbakar kira-kira 20 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 2.32 pagi lalu segera bergegas ke lokasi.

Katanya, anggota bersama satu jentera tiba ke lokasi kejadian lima minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan kedai satu tingkat yang dijadikan stor menyimpan permaidani kelas A berukuran 18 x 9 meter persegi.

"Operasi pemadaman dilakukan sehingga api dipadamkan sepenuhnya pada 3.42 pagi," katanya.

Beliau berkata, setakat ini tidak laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

myMetro 4 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment