May 23, 2016

Sesak nafas di rumah kongsi

PASUKAN menyelamat membawa turun mangsa ke Pondok Timpohon, Kundasang sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Ranau. FOTO Cleo Will

Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my

Ranau: Pekerja kontrak maut selepas mengalami sesak nafas di rumah kongsi di Laban Rata, Kundasang, dekat sini, awal pagi tadi.

Difahamkan dalam kejadian 1.15 pagi itu, mangsa, Azril Hamizi Sahari, 27, dikatakan mengalami masalah kesihatan sebelum ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abddullah berkata, mangsa dibawa turun oleh pasukan keselamatan kira-kira 10 pagi tadi dan tiba di Pondok Timpohon pada 2 petang.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas oleh pihak hospital," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, gerakan membawa turun mangsa terpaksa ditangguhkan sehingga waktu siang berikutan keadaan kabus tebal.

myMetro 23 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment